Pelabur Gelisah Bursa Berdarah Pada Awal Minggu

342

Pada jam 9 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.26 mata pada 1,545.50 daripada penutupan hari Jumaat pada 1,546.76.

Indeks dibuka rendah 0.41 mata pada 1,546.35.

Bursa dibuka lemah dengan indeks utama jatuh 0.81% yang dipengaruhi oleh penurunan pada wajaran berat terpilih.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung pada 187 mengatasi kaunter rugi pada 133, manakala 217 kaunter pula tidak berubah, 1,764 tidak didagangkan dan 64 digantung.

Jumlah perolehan pada 155.46 juta unit bernilai RM46.78 juta.

Nota Rakuten Trade Sdn Bhd menyatakan bahawa pelabur menghela nafas lega seketika apabila Wall Street ditutup tinggi, selain berita inflasi yang perlahan dan pendapatan runcit yang kukuh.

Sungguhpun begitu, KLCI dijangka meningkat hari ini kerana prestasi serantau positif dan indeks akan berada pada julat 1,540-1,555.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Public Bank Bhd susut 1 sen pada RM8.98 dan RM4.61, IHH Healthcare Bhd hilang 5 sen pada RM6.55 dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) jatuh 3 sen pada RM9.22 sementara Petronas Chemicals Group Bhd naik 6 sen pada RM10.04.

Saham aktif memperlihatkan Green Packet Bhd, Sapura Energy Bhd dan Serba Dinamik Holdings Bhd tambah 0.5 sen pada 8.5 sen, 8.5 sen dan 11.5 sen, SDS Group Bhd naik 2.5 sen pada 40.5 sen dan Cnergenz Bhd capai 1 sen pada 63.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas meningkat 2.88 mata pada 11,014.0, indeks FBMT 100 melonjak 0.53 mata pada 10,708.21, indeks FBM Emas Shariah menambah 4.19 mata pada 11,396.08, FBM 70 mencanak 38.35 mata pada 13,136.19 dan FBM ACE mencapai 36.59 mata pada 5,183.29.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan memacu 0.58 mata pada 199.99 sementara indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 2.41 mata pada 16,642 dan indeks Perladangan menurun 18.95 mata to 7,990.77.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat