Pelabur Gelisah Menanti NFP, USD Makin Hilang Arah!

1,373

Raja matawang terus didagangkan di bawah tekanan menjelang pengeluaran data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang dijangka akan menunjukkan penurunan, menggoyahkan harapan untuk pengurangan rangsangan lebih cepat dari Federal Reserve (Fed).

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan utama diniagakan hampir di paras terendah satu bulan pada 92.18.

Jumlah tuntutan pengangguran AS terus menunjukkan penurunan pada minggu lalu, dan pemberhentian pekerja dilaporkan menurun ke tahap terendah dalam tempoh lebih 24 tahun.

Bagaimanapun, dolar greenback gagal memberi reaksi terhadap data ini, dan terus didagangkan lebih rendah ketika pasaran mengambil langkah berwaspada untuk meletakkan posisi menjelang NFP.

Ekonomi AS dijangka akan mencatatkan penambahan sebanyak 750,000 pekerjaan pada bulan Ogos, sementara kadar pengangguran pula turun kepada 5.2% daripada bacaan sebelumnya 5.4%.

Matawang komoditi terus memanfaatkan kelemahan US dolar untuk menokok lebih tinggi, di mana dolar Aussie didagangkan sekitar 0.7400 dan kiwi pula menguat pada harga 0.7110 pada sesi Asia.

Sementara dolar Kanada diniagakan juga meningkat dengan sokongan tambahan daripada kenaikan harga minyak mentah dunia yang lebih kuat menjelang penghujung minggu.

Euro pula menguat di sekitar paras ketinggian satu bulan, sementara matawang pound menokok ke tahap tertinggi dua minggu berbanding USD dengan diperdagangkan kukuh pada 1.38400.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat