Pelabur Keliru Dagangan US Dolar, Lemah Atau Kukuh?

1,151

Matawang Euro bergerak lemah sejak sesi Asia bermula hari ini berikutan pelabur berwaspada menjelang data ekonomi Eropah yang dijangka lemah.

Data pertumbuhan GDP Jerman untuk suku tahun kedua mencatatkan bacaan yang menguncup kepada -10.1%, lebih rendah berbanding jangkaan penguncupan -9.0%.

Ini memberi gambaran kurang baik untuk ekonomi terbesar Eropah tersebut sekaligus akan memberi tekanan terhadap dagangan Euro dalam pasaran.

Namun tumpuan seterusnya akan terarah pada data pertumbuhan GDP Amerika Syarikat (AS) pula pada sesi New York yang akan mempengaruhi pergerakan US dolar.

US dolar dijangka akan terus menyusut susulan keputusan mesyuarat FOMC awal pagi tadi dan kenyataan dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) dalam menilai kesihatan ekonomi semasa AS.

Data tuntutan faedah pengagguran AS yang akan diterbitkan bersama data GDP turut dijangka kekal tinggi di paras angka 1.4 juta seperti minggu lalu.

Berbanding penyusutan Euro, matawang Pound Britain sebaliknya bergerak lebih kukuh berbanding US dolar namun peningkatan nilai harga dilihat terhad dengan risiko rundingan Brexit EU-UK serta amaran PM Boris Johnson terhadap penularan baru jangkitan virus di Eropah.

Matawang komoditi hari ini dilihat bergerak susut khususnya dolar Australia dan New Zealand dengan risiko gelombang virus terbaru serta ketegangan hubungan antara Amerika Syarikat dan China.

Dagangan emas pula kembali mendatar di bawah paras $1980.00 setelah paras ketinggian sepanjang masa tersebut dicapai pada minggu ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat