Pelabur Kripto Terpaksa Berputih Mata, Kerajaan Negara Ini Pilih Untuk Lakukan Sekatan!

19,484

Sepertimana yang kita sedia maklum, tahun 2021 menandakan suatu perkembangan yang meluas bagi pasaran kripto. Kita menyaksikan penglibatan yang tinggi bermula dari pelabur runcit kemudia pelabur institusi sehinggalah ke peringkat negara. Namun dalam masa yang sama, ada pihak kurang bersetuju dengan hal ini, beberapa negara mengambil tindakan untuk menyekat antaranya ialah China.

Terkini kerajaan Pakistan telah mengambil keputusan untuk menyekat kad yang digunakan untuk membeli aset kripto. Sebanyak 1,064 individu telah dikesan dan dibekukan kad mereka oleh Agensi Penyiasatan Persekutuan (FIA) Pakistan. Pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang bertindak atas permintaan daripada Pusat Pelaporan Jenayah Siber (CCRC) di Islamabad.

Pegawai atas mendakwa akaun tersebut telah digunakan untuk memproses transaksi bernilai sejumlah 51 juta rupee Pakistan (sekitar $288,000) yang dilakukan dari beberapa bursa kripto, antaranya adalah platform terkenal seperti Binance, Coinbase dan Coinmama.

Agensi itu juga telah menyekat kad kredit mereka yang digunakan untuk membeli dan menjual aset kripto. Mereka juga mengingatkan penduduk bahawa Bank Negara Pakistan (SBP) melarang pembelian dan penjualan mata aset kripto berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Dasar dan Peraturan Perbankan pada April 2018.

Walaupun perkembangan kripto dihambat oleh sekatan kerajaan, namun populariti aset kripto terus meningkat dalam kalangan pelabur di negara itu. Berdasarkan laporan yang diterbitkan baru-baru ini oleh Federation of Pakistan Chambers of Commerce and Industry (FPCCI), rakyat Pakistan memiliki $20 bilion (nilaian) aset kripto.

Pada sidang akhbar minggu lalu, Presiden FPCCI Nasir Hayat Magoon menyatakan bahawa penilaian aset kripto yang dimiliki oleh warga Pakistan adalah berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh Lembaga Penasihat Dasar persatuan itu. Pada hakikatnya, jumlah sebenar pegangan kripto mungkin jauh lebih tinggi, kerana ramai rakyat Pakistan membeli kripto melalui tawaran rakan ke rakan yang masih tidak dapat dikesan.

Magoon akhir sekali menyeru kerajaan agar memperkenalkan dasar yang berkaitan kawal selia kripto.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat