Pelabur Ligat ‘Rembat’ Peluang Di Bursa Sementara Stok Masih Ada

190

Aktiviti bargain-hunting sebelum mesyuarat FOMC dan Bank Negara Malaysia (BNM) serta pengukuhan harga minyak mendorong nilai positif Bursa Malaysia.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 5.06 mata pada 1,450.98 sebelum naik 4.50 mata pada 1,450.42 berbanding penutupan Selasa pada 1,445.92.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 120 atasi kerugian pada 103, manakala 191 kaunter pula tidak berubah, 1,904 tidak didagangkan dan 13 digantung.

Jumlah perolehan pada 93.89 juta unit bernilai RM45.59 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, bursa mengalami penyusutan 20 mata sepanjang 2 sesi dagangan lepas namun sentimen berhati-hati tersebut tidak mencemarkan aktiviti bargain-hunting pelabur sebelum mesyuarat penting.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Sime Darby Plantation Bhd capai 2 sen pada RM8.56 dan RM4.35 sementara Public Bank Bhd serta MISC Bhd kekal pada RM4.41 serta RM7.20 tatkala Hong Leong Bank Bhd turun 6 sen pada RM20.82.

Saham aktif memperlihatkan Shin Yang Shipping Corp Bhd turun 2 sen pada 87 sen, KNM Group Bhd tambah 0.5 sen pada 4.5 sen dan Hibiscus Petroleum Bhd naik 1.5 sen kepada RM1.01 sementara SNS Network Technology Bhd kekal pada 23.5 sen dan MNC Wireless Bhd mendatar pada 1 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas raih 26.52 mata pada 10,293.65, FBM 70 capai 16.61 mata pada 12,225.19, indeks FBMT 100 lonjak 27.05 mata pada 10,029.17, indeks FBM Emas Shariah tambah 27.03 mata pada 10,362.73 dan FBM ACE canak 0.10 mata pada 4,878.12.

Segi sektor, indeks Tenaga tambah 3.32 mata pada 698.82, indeks Perkhidmatan Kewangan canak 29.49 mata pada 16,341.79, indeks Produk serta Perkhidmatan lonjak 0.76 mata pada 175.43 dan indeks Perladangan kukuh 30.21 mata pada 6,823.14.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat