Pelabur Masih Belum Lega Walaupun GOLD Dah Naik

778

Pergerakan harga emas masih mendatar namun semakin menunjukkan corak menaik harga walaupun kenaikan perlahan yang dipamerkan.

Hal ini adalah disebabkan penyusutan semula US dolar dalam pasaran berikutan pelabur kembali optimis terhadap pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk mencapai persetujuan sebelum pilihan raya Presiden.

Namun penyusutan US dolar dilihat tidak begitu ketara dalam suasana pasaran yang masih berwaspada terhadap sebarang perubahan sentimen yang boleh mengubah arah pergerakan harga.

Buat waktu ini, harga emas kekal didagangkan di atas paras $1900 yang menjadi paras sokongan harga sejak minggu lalu.

Pada carta XAU/USD, harga beberapa kali menguji paras sokongan 1900.00 sebelum bergerak di atas paras sokonagan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan tertinggi harian semalam sekadar menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 1914.00 yang menjadi rintangan pada kenaikan harga sejak beberapa hari lalu.

Namun, dagangan yang bersambung pada hari ini (Rabu) telah melihatkan harga bergerak lebih tinggi melepasi zon tersebut dengan jangkaan trend menaik harga dapat diteruskan.

Kenaikan seterusnya dilihat akan menguji zon resistance minggu lalu sekitar 1930.00 untuk membolehkan harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu melepasi paras tersebut.

Penurunan semula harga pula akan menjadikan paras 1900.00 sebagai petunjuk perubahan trend bearish buat harga emas.

Penurunan lebih rendah dijangkakan sehingga ke zon support terhampir sekitar paras 1875.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat