Pelabur Memilih Bitcoin Sebagai Aset Safe-Haven?

312

Pada bulan lepas ketika ketegangan perang dagang antara AS dan China semakin memuncak dan ekonomi global semakin tidak menentu, pasaran emas dan Bitcoin mengalami lonjakan.

Bukan sahaja Bitcoin dan emas, namun aset safe have lain seperti Swiss francs mahupun matawang yen juga menjadi pilihan pelabur yang mencari kestabilan. Trend ini membuatkan segelintir para pelabur menarik kesimpulan bahawa pelabur-pelabur mainstream mula menerima bitcoin sebagai salah satu pilihan dan berpotensi sebagai safe haven ketika berlaku kegawatan ekonomi.

Kebiasaanya ketika pertumbuhan ekonomi, para pelabur akan melabur dalam aset/pelaburan berisiko tinggi seperti saham. Namun jika berlaku kegawatan ekonomi atau ketegangan politik, para pelabur akan mengalihkan pelaburan mereka kepada aset-aset safe haven seperti emas, yen dan swiss franc.

Menurut penganalisis, Ari Paul Bitcoin kini semakin mendapat tempat dalam pasaran kewangan mainstream. Beliau juga menyatakan bahawa para pelabur mainstream juga mula tertarik dengan perkembangan matawang crypto dan melihat Bitcoin memiliki potensi sebagai safe haven.

Walaubagaimanapun tidak semua bersetuju dengan pandangan ini kerana volatility harga bitcoin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat