Pelabur Sektor Ini Perlu Ambil Perhatian!

703

AmInvestment Bank Bhd mengekalkan penarafan ‘overweight’ terhadap sektor perbankan dengan unjuran margin faedah bersih (NIM) yang stabil hingga sederhana tinggi untuk bank-bank untuk tahun ini.

Menerusi nota penyelidikannya semalam, bank pelaburan berkenaan telah menyemak kembali pertumbuhan pendapatan teras sektor untuk tahun ini kepada 23.5% daripada 16.1% sebelumnya, selepas menyesuaikan andaian untuk NIM yang lebih tinggi serta memperhalusi anggaran kos kreditnya.

“Kami menjangkakan sentimen terhadap bank-bank akan bertambah baik selepas penyambungan semula dividen dengan keterlihatan yang lebih baik ke atas pendapatan dan moratorium pasca-automatik kualiti aset.

“Program vaksinasi yang berjalan lancar baru-baru ini telah meningkatkan kadar swap dan perolehan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS),” ujarnya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Selain itu, AmInvestment juga memaklumkan saranan ‘beli’ untuk Hong Leong Bank dengan nilai setara (FV) RM20.30 sesaham; RHB Bank (FV RM6.80 sesaham); Maybank (FV RM9.80 sesaham) dan CIMB Group (FV RM5.50 sesaham).

“Kami memilih bank-bank sistematik yang lebih besar, Maybank dan CIMB untuk terus pulih pada tahun ini serta bank-bank dengan penilaian yang ‘undemanding’ seperti RHB Bank diniagakan pada nilai harga/buku yang menarik.

“Kami turut memilih Hong Leong kerana sumbangan keuntungan yang kukuh daripada syarikat sekutunya dan juga kualiti aset berdaya tahan,” menurut AmInvestment.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat