Pelabur Tertanya-tanya Sama Ada Lonjakan GBP/USD Mampu Bertahan Lama?

487

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD pada awal minggu ini dilihat masih mengekalkan corak kenaikan harga seperti minggu lalu walaupun pada sesi Eropah semalam harga menunjukkan penurunan.

Pound Sterling masih berjaya bergerak lebih kukuh berbanding US dolar semalam walaupun bank di England bercuti. Faktor utama yang menggerakkan harga adalah penyusutan matawang US dolar dalam pasaran setelah indeks dolar telah merekodkan penurunan ke paras terendah terbaru.

Turut menyokong penyusutan US dolar sebagai matawang safe-haven adalah yang terbaru berkenaan berita firma farmasi yang menghasilkan vaksin AstraZeneca mengumumkan akan memulakan ujian mega 50,000 vaksin di fasa ketiga.

Harga kembali pamerkan lonjakan pada sesi New York semalam dengan kenaikan 90 pips melepasi paras 1.33900 sebelum menutup dagangan di paras ketinggian di sesi Asia sebelumnya sekitar 1.33650.

Pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga masih memberi isyarat bahawa harga kekal berada dalam trend bullish.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga masih meneruskan kenaikan mengatasi paras ketinggian semalam dan mencatatkan paras tertinggi sejak Disember 2019.

Pergerakan harga perlahan di awal sesi Eropah sekitar ketinggian 1.34150 dengan jangkaan kenaikan akan diteruskan berkemungkinan menuju paras penting 1.35000 yang merupakan zon resistance diuji pada Disember 2019.

Namun jika penurunan harga kembali berlaku, paras sokongan terhampir yang dilihat akan dituju adalah pada sekitar 1.32800 yang menjadi zon rintangan harga sebelum ini.

Data ekonomi UK terutama bacaan akhir PMI pembuatan yang akan diterbitkan pada sesi Eropah akan menjadi perhatian pelabur yang berpotensi memberi kesan terhadap pergerakan Pound.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat