Pelabur Tunggu EUR/USD Tembus Paras $1.1900

827

Sentimen pasaran dilihat agak bercampur sementara penularan jangkitan Covid-19 varian Delta masih lagi dipantau.

US dolar menutup dagangan minggu dengan lemah dan pelabur akan memberi tumpuan pada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada Selasa.

Bacaan yang kukuh akan menyokong ramalan pengetatan semula dasar dengan kenaikan kadar faedah mungkin dipercepatkan berbanding unjuran pada tahun 2023.

Mata wang Euro memanfaatkan kelebihan untuk meningkat pada penghujung minggu susulan penyusutan US dolar.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menunjukkan kenaikan semula dari zon support 1.18000 menuju ke paras 1.19000.

Kenaikan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam minggu lalu telah memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish semula.

Pelabur menantikan sama ada harga mampu menembusi zon SBR (support become resistance) 1.19000 pada minggu ini dengan pergerakan harga masih perlahan di sesi Asia pagi ini memulakan dagangan awal minggu.

Sekiranya harga berjaya tembus zon tersebut, sasaran kenaikan seterusnya adalah untuk menuju zon rintangan tumpuan 1.20000 pula.

Namun jika harga membuat penurunan semula, zon support pada 1.18000-1.17800 akan kembali diuji semula.

Jika zon tersebut gagal untuk menyokong kenaikan semula harga, berkemungkinan penurunan lebih rendah dijangka menuju paras sekitar 1.17200 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 3 bulan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat