Pound Sterling terus didagangkan berisiko pada awal minggu ini berikutan beberapa faktor yang masih memberi tekanan terhadap mata wang Britain itu.
Pengumuman arahan penutupan ekonomi (lockdown) di UK oleh Perdana Menteri Boris Johnson pada hujung minggu nyata memberi kesan penurunan terhadap Pound.
Berkenaan isu Brexit, rundingan di antara UK bersama Kesatuan Eropah (EU) akan diteruskan pada minggu ini di Brussels.
Penganalisis pasaran menjangkakan bank pusat England (BOE) bakal meningkatkan pembelian bon bernilai £100 bilion untuk menambah suntikan rangsangan bagi ekonomi yang terjejas akibat pandemik.
UK kini telah mencatatkan jumlah kes melepasi angka 1 juta sehingga memaksa langkah penutupan ekonomi dilaksanakan bagi membendung kesan gelombang kedua yang diramalkan lebih buruk berbanding sebelum ini.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada awal minggu telah memperlihatkan penurunan harga melepasi paras terendah minggu lalu mencecah berhampiran paras 1.28500.
Namun, menguji zon RBS (resistance become support) tersebut kembali melihat harga membuat kenaikan semula menguji semula paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam pergerakan harga.
Masih bergerak di sekitar halangan MA50 tersebut, trend masih menunjukkan penurunan harga namun pergerakan harga pada hari ini (Selasa) mendatar menjelang pilihan raya Presiden AS yang menjadi acara tumpuan utama minggu ini.
Jika arah pergerakan harga kekal menurun, zon RBS dengan paras sokongan 1.28500 akan ditembusi sebelum harga menuju zon support lebih rendah pada 1.27600.
Namun, jika harga membuat kenaikan lebih tinggi di atas halangan MA50, sasaran awal harga adalah pada paras penting 1.30000.
Mula memberi isyarat perubahan trend bullish, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan ke zon SBR 1.30600 sebelum ke zon resistance di bawah paras 1.32000.
Dagangan Pound Sterling pada minggu ini bakal dipacu oleh keputusan mesyuarat Bank of England (BOE) pada Khamis.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI