Pelabur Waspada Pergerakan Mendatar Harga Pada Dagangan EUR/USD

306

Matawang dolar Amerika Syarikat diniagakan stabil pada dagangan Rabu selepas mengalami penyusutan pada sesi New York semalam ekoran bacaan data keyakinan pengguna yang diterbitkan lemah.

Sentimen rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China kekal optimis meskipun terdapat beberapa faktor ancaman terhadap kelancaran proses perjanjian.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menyatakan bahawa proses rundingan perjanjian bersama China kini berada pada peringkat akhir.

Dolar USD kekal memberi tekanan terhadap dolar Euro seperti yang dipaparkan oleh pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD.

Setelah penurunan ketara harga berlaku pada penghujung minggu lalu, pergerakan harga pada EUR/USD dilihat mendatar sejak awal minggu ini dalam julat 30 pips menantikan isyarat lebih jelas perkembangan rundingan dagang.

Pada dagangan Selasa semalam, harga bergelut untuk membuat kenaikan dan cuba melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada zon SBR (support become resistance) dengan paras ketinggian harian 1.10230.

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga membuat penurunan dari paras ketinggian semalam dan turun lebih rendah di bawah garisan MA50 sehingga menuju ke sesi pasaran Eropah.

Penurunan perlahan harga dilihat akan menuju paras tumpuan pada 1.10000 dan juga zon support di bawah paras tersebut.

Jika harga berjaya melepasi penurunan dari paras tersebut, harga bakal mencatatkan paras terendah bulanan terbaru pada carta EUR/USD.

Sebaliknya jika harga gagal tembusi zon support dan kembali pantul semula, kenaikan harga dijangka akan kembali ke paras SBR (support become resistance) 1.10400.

Kenaikan lebih tinggi berkemungkinan menguji semula zon resistance untuk dagangan November di bawah paras ketinggian 1.11000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat