Pelaburan Dalam Infrastruktur Dapat Mengurangkan Kesan Covid-19? – Mnuchin

537

Setiausaha Perbendaharaan A.S. Steven Mnuchin telah memberi informasi baru pada hari ini bahawa Presiden Donald Trump berminat untuk menggunakan pelan infrastruktur sebagai langkah baru untuk mengatasi impak wabak Covid-19 terhadap ekonomi Amerika Syarikat.

Menurut Mnuchin, Trump sangat jelas dan beliau bersedia untuk melakukan apa sahaja bagi memastikan pekerjaan rakyat dan perniagaan Amerik Syarikat dilindungi. Tambah Mnuchin, jika lebih banyak wang dan program pecegahan yang diperlukan maka hal ini akan diusulkan kembali ke Kongres.

Trump berhasrat untuk mengemaskini infrastruktur negara dan perkara ini telah mula dibincangkan sepanjang tahun dalam kalangan penggubal undang-undang dari parti Repubilk dan Demokrat. Dengan kadar faedah yang berada di paras rendah, maka pentadbiran A.S berpendapat bahawa ini adalah masa yang baik untuk melabur dalam infrastruktur.

Buat masa ini Kongres sedang mengusahakan pakej perundangan keempat bagi menangani krisis Covid-19. Bil ini diharapkan dapat disegerakan bagi mendorong penjanaan ekonomi dan menangani masalah kesaihatan yang telah beri kesan hampir setiap bahagian masyarakat A.S.

Mnuchin meramalkan bahawa akan lebih banyak bil akan diisukan dan pentadbiran A.S berpendapat bahawa ini adalah masa terbaik untuk melabur dalam infrastruktur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat