Pelan Brexit Boris Johnson Langgar Undang-Undang Antarabangsa?

348

Kenyataan terbaru yang menggemparkan oleh seorang menteri UK mengakui bahawa pelan yang dirangka oleh pentadbiran Boris Johnson akan melanggar undang-undang antarabangsa kerana cubaan untuk menulis semula perjanjian penceraian Brexit yang ditandatangani oleh perdana menteri dengan Kesatuan Eropah pada tahun lalu.

Menteri Utara Ireland, Brandon Lewis mengatakan kepada para anggota parlimen di Dewan Rakyat pada hari Selasa bahawa undang-undang yang terancang tersebut akan menggantikan beberapa bahagian Perjanjian Pengeluaran Brexit yang berlaku untuk Utara Ireland dan ia akan melanggar undang-undang antarabangsa.

Lewis memberi ucapan tersebut selepas beberapa jam perletakan jawatan Jonathan Jones yang merupakan peguam atasan kerajaan. Walauabagaimanapun, jurubicara Jones, James Slack tidak mahu mengulas hal tersebut. Segelintir berspekulasi bahawa ia sebagai satu tindakan protes oleh Jones.

Perbincangan antara David Frost dan Michel Barnier, perunding utama Brexit  bahawa kedua belah pihak telah mengingatkan bahawa sebarang kerosakan dalam pernjanjian akan menghambat kesepakatan perdagangan, meningkatkan risiko tarif dan kouta yang dapat mendatangkan risiko kepada ekonomi.

Dalam rang undang-undang yang akan diterbitkan pada hari Rabu, pentadbiran Johnson merancang untuk memberikan kuasa kepada para menteri untuk mengetepikan beberapa syarat yang ditetapkan dalam dokumen terkait dengan perjanjian pebatasan Ireland Utara jika masalah tersebut tidak diselesaikan pada tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat