“Wow, adakah TON akan tembus $2 dalam masa terdekat ini?”
Hampir tiga tahun selepas mendedahkan rancangan untuk bina ekosistem Web3, perkhidmatan pemesejan popular Telegram pada hari Rabu semalam telah mengumumkan pelancaran wallet mata wang kripto semasa acara Token2049 di Singapura.
Wallet kripto tersebut yang dibangunkan pada blockchain The Open Network (TON) kini telah tersedia kepada 800 juta pengguna Telegram di seluruh dunia.
Susulan daripada pelancaran itu, harga TON berjaya melonjak secara besar-besaran sehingga menembusi lebih $1.97 daripada $1.60 pada 11 September 2023.
Menurut Yayasan TON dalam kenyataan baru-baru ini, projek yang dibina di atas blockchain TON tersebut akan mendapat akses keutamaan kepada platform pengiklanan aplikasi pemesejan mereka yang dipanggil Telegram Ads.
Pada masa ini, ciri wallet akan tersedia dalam settings untuk pengguna semasa, kemudian pelancaran global bakal bermula pada November 2023 tetapi tidak termasuk Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain.
Sudah sedia maklum Telegram rancang untuk mengintegrasikan wallet kripto berasaskan TON seawal 2019, tetapi usaha mereka terpaksa dihentikan seketika pada tahun 2020 selepas Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) memfailkan saman terhadap platform itu.
Hal ini kerana SEC mendakwa Telegram adalah sekuriti tidak berdaftar, namun masalah selesai apabila platform pemesejan itu dikenakan denda $18.5 juta dan janji untuk bayar balik pelabur sebarang dana tidak dibelanjakan.
Sehingga berita ini ditulis, harga TON mencanak sebanyak 5.80% pada paras $1.92 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $6 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan sekitar 5.67% sepanjang minggu lepas.