Peletakan Jawatan Menteri Kewangan UK Lonjakkan Dagangan GBP/USD

521

Mencetuskan kehangatan di Britain apabila Sajid Javid semalam mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Kewangan UK dan akan digantikan dengan calon baru, Rishi Sunak.

Berita yang kurang menyenangkan itu sebaliknya telah menyokong pengukuhan matawang Pound Sterling sehingga sesi New York berakhir.

Pelantikan Rishi Sunak sebagai Menteri Kewangan yang baru dijangka akan menyokong agenda Perdana Menteri UK Boris Johnson untuk melaksanakan rancangan untuk merancakkan semula perbelanjaan fiskal khususnya terhadap infrastruktur dan pelabur. Berkemungkinan juga dapat dilihat pemotongan kadar cukai.

Faktor yang dilihat sebagai positif oleh pelabur ini telah mendorong lonjakan ketara harga pada carta pasangan matawang GBP/USD mencatatkan kenaikan harian sekitar 130 pips.

Harga membuat kenaikan pada sesi New York semalam sehingga mencapai paras ketinggian hampir menyentuh 1.30700 menguji resistance harga yang diuji pada minggu lalu.

Kenaikan tersebut juga berjaya mengatasi pengukuhan matawang US dolar susulan data inflasi tahunan Amerika Syarikat pada bulan Januari mencatat peningkatan ke paras tertinggi sejak Oktober 2018.

Sehingga Jumaat, pergerakan harga pada carta GBP/USD menunjukkan corak kenaikan harga sejak awal minggu. Harga juga telah bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50).

Bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini, harga kembali dilihat bergerak perlahan lebih rendah dari paras ketinggian zon resistance semalam.

Jika momentum pengukuhan GBP dikekalkan, harga bakal melepasi zon resistance 1.30700 sebelum meneruskan kenaikan berkemungkinan menuju paras penting pada 1.31500. Zon resistance tersebut diuji beberapa kali pada minggu keempat bulan Januari lalu namun harga sukar melepasinya.

Kenaikan lebih tinggi bakal menguji semula paras resistance tertinggi Januari pada ketinggian sekitar 1.32000 pada carta GBP/USD.

Namun jika sentimen rundingan EU-UK memberikan isyarat negatif, harga berkemungkinan mencatatkan penurunan semula melepasi sokongan dinamik MA50.

Penurunan seterusnya akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.29500 sebelum terus turun lebih rendah ke paras support minggu ini pada 1.28700.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat