Peluang Buat Trader, GBP/USD Beri Isyarat Untuk Turun Lebih Rendah

868

Matawang Pound Sterling terus didagangkan berisiko sehingga ke penghujung minggu berikutan kebimbangan pelabur terhadap ketidaktentuan pada perkembangan rundingan Brexit.

Menambahkan lagi tekanan buat dagangan Pound apabila Setiausaha Kesihatan UK, Matt Hancock telah meluahkan kegelisahan beliau terhadap penularan kes jangkitan Coronavirus di beberapa negara Eropah yang berpotensi memberi ancaman serius terhadap Britain.

Pada pergerakan harga di carta pasangan matawang GBP/USD, harga mula menunjukkan penurunan sejak Selasa lalu selepas mencapai paras ketinggian pada 1.34800.

Penurunan harga yang telah bergerak lebih rendah di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam menambahkan lagi petunjuk untuk perubahan trend bearish harga.

Untuk pergerakan semalam, harga mencatatkan penurunan harian sekitar 120 pips dari paras ketinggian 1.34000 sehingga ke paras terendah hampir menyentuh 1.32800.

Namun harga kembali membuat kenaikan di sesi New York untuk menutup dagangan lebih tinggi di atas paras 1.33400.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga dilihat meneruskan penurunan dan dijangka menuju sehingga ke paras sokongan 1.32800 pada dagangan yang bersambung ke sesi Eropah.

Penurunan lebih rendah akan menuju semula ke zon tumpuan pada julat harga 1.32000-1.31500.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, halangan MA50 akan kembali diuji sebelum kenaikan yang diteruskan bakal menuju zon resistance 1.35000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat