Pembangun BTC Dedah Satu Pencetus Utama Bull Run Seterusnya!

687

“Wow maksudnya harga BTC boleh naik lebih tinggi daripada ATH ke lepas ni?”

Kelulusan spot Bitcoin (BTC) ETF dan acara halving yang sudah berlaku pada bulan lepas telah menyebabkan ramai pelabur mata wang kripto bimbang terhadap perkara yang mampu mencetuskan pendakian ketara selanjutnya.

Rentetan itu, beberapa pembangun berpendapat menambah kebolehprograman pada blockchain BTC mungkin bakal menjadi pemangkin penting seterusnya, di mana fungsi itu akan membenarkan ciri seperti perjanjian self-executing yang disimpan pada blockchain.

Perlu diketahui pembangun dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini telah berusaha sedaya upaya membetulkan kecacatan reka bentuk BTC, misalnya BTC Layer-2 Lightning Network yang bertujuan meningkatkan BTC bagi aplikasi seperti pembayaran.

Bukan itu sahaja, terdapat juga BTC Ordinals yang buat perubahan seketika kemudian seorang pembangun tanpa nama dipanggil Domo pula mencadangkan pelaksanaan BRC-20 yang menggunakan mekanisme inscription untuk mengeluarkan token pada blockchain BTC.

Susulan protokol Runes turut termasuk dalam usaha inovatif itu, penyokong tegar BTC sungguh percaya lebih banyak lagi perkembangan boleh dicapai biarpun infrastruktur software dibina bagi memindahkan token antara rangkaian telah terdedah pada penggodaman.

Komuniti kini sedang mempertimbangkan cadangan seperti OP_CAT, iaitu peningkatan software pada rangkaian BTC di mana penyepaduan penyelesaian itu dipercayai akan menjadikan kebolehprograman lebih mudah untuk dilaksanakan.

Jadi di sini dapat dilihat beberapa protokol pada masa ini berada dalam proses membangunkan penyelesaian yang akan memudahkan kebolehprgraman BTC termasuk Layer-1 Foundation termasuk Arch.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat