“Hmm rasa-rasa ada ke peluang untuk LUNC bersinar pada masa hadapan?”
Demi mengukuhkan komuniti Terra Luna Classic (LUNC), pembangun utamanya dipanggil Joint L1 Task force (L1TF) telah memeterai perjanjian bersama Hexxagon bagi membina dan mengurus wallet milik pelanggannya.
Menurut Hexxagon pada 3 Ogos 2023, mereka mahu menghapuskan kebimbangan dan keraguan komunti LUNC mengenai pasukan yang mempunyai ahli Terra Rebels sehingga menyebabkan keruntuhan berlaku.
Walaupun projek itu memiliki kerumitan dan kekangan masa, Hexxagon percaya cadangan perbelanjaan $150,000 yang diluluskan oleh komunti kepada Terra Rebels adalah sesuai ditambah pula orang bukan teknikal turut dibayar susulan sumbangan mereka.
Umum mengetahui Yogabba telah menghantar dana terus ke pool komuniti manakala ReXc hantar semua dana kepada pembangun “echel0n” kemudian K_raucks bahagikan beberapa dana antara echel0n dan ahli pasukan lain.
Rentetan itu, masyarakat yang bermatlamat untuk menghidupkan semula LUNC selepas krisis Terra-LUNA pada Mei 2022 telah mula hilang kepercayaan terhadap kumpulan pembangun awal.
Bagaimanapun, pembangun utama Edward Kim dan Tobias “Zaradar” Anderson yang meninggalkan Terra Rebels sehingga beri kesan pada Pelan hala Tuju Terra Classic Revival telah tubuhkan L1TF dengan Zaradar sebagai pembangun utama.
Komuniti yang jangkakan harga LUNC akan cecah $1 pada masa ini masih mempunyai banyak soalan untuk Terra Rebels dan Hexxagon, antaranya adalah transaksi dana yang dikembalikan kepada pool komunti, perjanjian Neblio, perjanjian VentiSwao dan lain-lain.
Sehingga berita ini ditulis, harga LUNC menyusut sebanyak 1.82% pada paras $0.00007 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $458 juta seterusnya tergelincir sekitar 2.15% sepanjang minggu lepas.