Pembukaan 2023 Suram, USD/JPY Terjun Di Minggu Pertama!

107

US dolar susut ke paras terendah 7 bulan berbanding Yen pada dagangan yang bersambung pada hari ini (Selasa) menyaksikan raja mata wang tersebut masih bergerak tak menentu di awal 2023 ini.

Walaupun begitu, US dolar pada pembukaan pasaran awal minggu semalam berjaya sedikit meningkat berbanding beberapa mata wang utama lain seperti Euro dan Pound.

Namun berbanding Yen Jepun, US dolar gagal untuk menunjukkan dominasi apabila pergerakan harga dipaparkan mendatar sepanjang hari.

Ini dapat diperhatikan pada carta harga pasangan mata wang USD/JPY yang perlahan di sekitar 130.700.

Pergerakan harga mula berbeza pada sesi Asia pagi ini apabila harga sedikit melonjak namun terhalang oleh paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY tersebut sebelum susut semula.

Malah, penurunan harga lebih jelas dipamerkan sehingga melepasi paras 130.00 untuk merekodkan paras terendah terbaru.

Corak pergerakan bearish ini dilihat diteruskan selepas harga mula membuat penurunan sejak dagangan penghujung minggu lalu lagi ketika penutup 2022.

Jika penurunan masih diteruskan ke sesi-sesi berikutnya, paras sokongan pada 129.300 dilihat akan ditembusi sebelum harga menuju pula ke sasaran 127.00.

Kali terakhir harga mencecah paras tersebut adalah pada penghujung Mei 2022 yang lalu.

Sementara, untuk jangkaan bagi kenaikan jika harga mula berubah arah, rintangan adalah pada sekitar 131.00 dan 132.00 akan menjadi tumpuan untuk diuji.

Seterusnya, pelabur akan menilai isyarat untuk perubahan trend bullish sebelum menjangkakan kenaikan harga yang lebih tinggi.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat