Pembukaan Yang Suram, USD Rugi Teruk Di Awal Minggu!

349

Permulaan awal minggu yang suram semalam, mata wang US dolar alami penyusutan ketara selepas pergerakan bercampur pada minggu lalu.

Indeks dolar merosot ke paras 105.52 mata manakala hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang berjaya capai paras 5.00% iaitu tertinggi sejak 2007, kembali menjunam deras ke sekitar 4.83%.

Berbanding US dolar, mata wang Pound didagangkan meningkat ke paras lebih tinggi berbanding minggu lalu, sementara Euro pamer lonjakan capai paras tertinggi 5 minggu.

Begitu juga mata wang Asia, dolar Australia dan dolar New Zealand yang kembali pulih di awal minggu ini setelah ditekan jatuh pada penutupan dagangan minggu lepas.

Yen kekal diperhatikan berlegar di paras “line of defense” ¥150.00 pada carta USD/JPY yang dijangka bakal mengundang campur tangan bank pusat dan kerajaan Jepun dalam pasaran.

Tumpuan pelabur pada hari ini (Selasa) akan terarah kepada terbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang akan memberi gambaran kesihatan ekonomi semasa.

Di sesi Asia, data untuk Australia dan Jepun akan diterbitkan disusuli data Eropah dan UK di sesi Eropah kemudiannya data yang sama untuk AS di sesi New York.

Perkembangan di Wall Street, harga saham-saham utama pamerkan prestasi yang bercampur di awal minggu.

Dow Jones kerugian 0.58% sementara Nasdaq meningkat sekitar 0.27%.

Beberapa syarikat gergasi seperti Microsoft, Alphabet,Visa, Coca-Cola, Spotify dan lain-lain akan menerbitkan laporan pendapatan masing-masing hari ini.

Perkembangan pasaran komoditi, harga minyak mentah global alami kejatuhan lagi semalam menyambung corak penurunan harga pada penghujung minggu lalu.

Harga minyak WTI AS jatuh menghampiri paras $85.0 setong manakala minyak Brent pula susut hingga $88.70 setong.

Dagangan emas pula dilihat bergerak mendatar semalam di sekitar zon harga $1,980 selepas trend kenaikan yang diteruskan sehingga penghujung minggu lalu telah hampir menyentuh ketinggian paras $2,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat