Pemilik Kripto ‘DODO’ Resah – 3.5 Juta Nilaian DODO Di Bawa Lari ‘Hacker’!

1,267

Hari ini dilaporkan bahawa salah satu pengurup matawang kripto (DEX) yang menjalankan urusniaga pertukaran matawang kripto untuk membolehkan pelabur membeli, menjual atau berdagang matawang kripto (baik dari fiat kepada kripto atau dari kripto kepada kripto) telah digodam oleh sekumpulan individu tidak bertanggungjawab.

Rentetan meadian tersebut DODO mengesahkan bahawa ia telah kerugian berjuta-juta dolar dari beberapa crowdpool v2 mereka. Berdasarkan siasatan, didapati terdapat pepijat atau bug dalam kontrak pintar yang memboleh berlakunya eksploitasi.

Perkara ini telah dimaanfaatkan oleh penggodam. DODO menyalahkan pepijat yang ada pada kontrak pintar Crowdpooling V2. Kira-kira $3.5 juta DODO di dalam crowdpool tersebut terjejas. Walaubagaimanapun, pengurup matawang kripto itu menjangkakan platform mereka dapat memulihkan kembali $ 1.88 juta yang telah disonlap.

Setakat ini, matawang kripto DODO belum terkesan oleh eksploitasi yang berlaku. Semasa kejadian, DODO didagangkan pada paras harga $4.03 di Coinmarketcap.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat