Penampilan Pertama DXN Holdings Di Bursa Kecewakan Pelabur

932

Penampilan pertama DXN Holdings Bhd selepas 12 tahun di Bursa Malaysia tampaknya gagal menarik perhatian pelabur.

Pada sesi dagangan hari ini (Jumaat), DXN dibuka satu sen lebih rendah daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) 70 sen, iaitu pada 69 sen.

Walaupun sedikit meningkat kepada 70.5 sen kira-kira 10 minit ke sesi dagangan, ia kembali mencatatkan penyusutan untuk didagangkan lebih rendah pada 66 sen setakat jam 4 petang ini.

Meskipun begitu, pengerusi eksekutif Lim Siow Jin meramalkan harga saham akan bertambah baik dalam tempoh satu hingga dua minggu ke hadapan apabila pelabur asing mula membeli saham itu.

Sebagai rekod, IPO kumpulan telah terlebih langgan sebanyak 3.2 kali.

DXN, yang terlibat dalam penjualan produk pengguna berorientasikan kesihatan dan kesejahteraan, meletakkan sasaran untuk mengumpul RM112 juta daripada penyenaraian itu.

Difahamkan, kumpulan itu telah memperuntukkan sebahagian besar, berjumlah RM80 juta (71.4%), untuk pembayaran balik pinjaman bank.

Selain itu, ia juga menetapkan RM7.9 juta (7.1%) untuk modal kerja dan RM24.1 juta (21.5%) lagi untuk perbelanjaan penyenaraian.

Untuk pengetahuan, syarikat itu sebelum ini disenaraikan di Pasaran Utama pada 2003, namun telah dinyahsenarai pada Disember 2011 selepas diswastakan oleh pengasas Datuk Lim Siow Jin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat