Penangan DOGECoin, Robinhood Bekukan Perdagangan Kripto!

3,587
Robinhood yang merupakan sebuah firma teknologi kewangan (fintech) yang berpusat di Menlo Park, California . Ia merupakan broker atas talian seperti Hargreaves Lansdown begitu juga pesaing fintech, Revolut dan Freetrade.
Pada minggu ini, syarikat Fintech itu mula terpalit dengan beberapa kontroversi yang disebabkan perseteruan antara pelabur institusi dengan pelabur runcit. Lonjakan saham GameStop (GME) yang hampir 2000% telah menyebabkan pelabur institusi terpaksa menanggung kerugian yan besar.
Susulan daripada itu, firma perkhidmatan kewangan Amerika, Robinhood mengambil keputusan untuk membeku sebarang pembelian baru saham GME termasuk beberapa saham yang lain. Tindakan ini telah mendapat tentangan keras daripada pelbagai pihak termasuk wakil A.S.

 

Pada hari ini, pelabur kripto pula dikejutkan hal yang hampir serupa apabila Bitcoin dan doge melonjak tinggi.Dogecoin telah melonjak sebanyak 800% pada hari Jumaat. Ramai yang tidak sangka akan hal ini, crypto yang pada awalnya bermula dengan satu gurau mencatat lonjak yang tinggi.
Dalam masa yang sama, harga Bitcoin turut melonjak selepas CEO Tesla, Elon Musk menukarkan bio beliau di Twitter kepada #bitcoin. Harga bitcoin melonjak ke paras lebih $37,000 seunit.
Pihak Robinhood tidak senang akan hal ini dan mula membekukan sebarang transaksi. Dalam kenyataan, mereka mengatakan bahawa disebakan keadaan pasaran yang luar jangkaan, mereka terpaksa membekukan pembelian crypto. Dengan kata lain, bagi mereka yang ingin lakukan deposit terkini adalah tidak dibenarkan namun bagi mereka yang masih ada baki dalam wallet maka dibenarkan membeli crypto.
Dogecoin kini berada di tangga ke 12 dalam jumlah pasaran di coinmarketcap.com.
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat