Penantian Yang Dinantikan, Shibarium Testnet Sedia Dilancarkan!

905

Komuniti Shiba Inu (SHIB) kembali optimis dengan hala tuju Shiba Inu pada suku kedua 2022, apabila rancangan mengenai Metaverse akan mula di aplikasikan. Beberapa hari yang lalu, Milkshake mendedahkan bahawa pasukan pembangun sedang mengusahakan projek yang akan datang seperti portal Shib burn, Shibarium dan Shibaswap V2.

Laporan terbaru menyatakan bahawa, pasukan yang diberi nama Unification sedang berkerja untuk merealisasikan projek Shibarium dengan Shiba Inu. Mereka memaklumkan ia kini hampir kepada mencapai kejayaan. Bukan itu sahaja, mereka turut mengisytiharkan bahawa Shibarium TestNet akan dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang. Selepas testnet dilancarkan maka versi ‘public beta’ akan menyusul.

Malangnya, Unification tidak memberi rincian mengenai tarikh pelancaran. Berdasarkan perancangan, Shibarium akan berfungsi sebagai L2 premium untuk token Shiba Inu dan komunitinya. Ia juga menambah bahawa projek ini akan membolehkan transaksi kos lebih rendah dan pantas.

Pasukan itu mendedahkan bahawa mereka turut sedang mengusahakan Alpha TestNet. Ia akan digunakan untuk membangunkan alatan yang diperlukan untuk interaksi pengguna akhir. Senarai alatan termasuk jambatan pemindahan token, dompet dan lain-lain lagi.

Setakat ini, harga Shiba Inu telah menunjukkan ‘downtrend’ dalam tempoh 24 jam yang lalu. Namun begitu didapati bahawa kelompok ‘whales’ sedang menambah pegangan. Berdasarkan Whalestats, token SHIB berada dalam 10 carta teratas sebagai tokein yang banyak dibeli dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Walaupun berlaku penurunan harga, jumlah dagangan SHIB telah meningkat sebanyak 39%. Sementara itu, Shibarmy juga membantu pengembangan SHIB dengan membakar sejumlah besar. Berdasarkan Shibburn, lebih daripada 185 juta token SHIB telah dihantar kepada ‘dead wallet’ dalam tempoh 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat