Penasihat Rumah Putih Tampil Beri Penjelasan Situasi Terkini Hubungan Perdagangan AS-China!

275

Amerika Syarikat dan China kini semakin hampir dalam mencapai persetujuan bagi perjanjian perdagangan fasa pertama berdasarkan kenyataan penasihat Rumah Putih, Kellyanne Conway pada hari Selasa.

Menurut Conway dalam temubual beliau bersama Fox News, “Kami semakin hampir dalam mencapai persetujuan dengan pihak China dalam mementerai perjanjian perdagangan fasa pertama.: Tambah beliau,akan tetapi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mahu melakukan perjanjian ini secara berperingkat kerana ia merupakan perjanjian yang besar dan bersejarah”.

Pada bulan Oktober, Presiden A.S Donald Trump telah mengeluar kenyataan bahawa beliau akan terus langsung menilai dan memperbincangkan perjanjian perdagangan fasa kedua selepas perjanjian “fasa pertama” selesai. Menurut beliau, fasa kedua akan menumpukan kepada butiran penting yang diurakan oleh A.S iaitu mengenai harta intelek yang membabitkan pihak China. Dimana pihak A.S berpendapat bahawa syarikat China telah memaksa syarikat-syarikat A.S untuk memindahkan teknologi mereka ke China.

Tambah Conway, “Kami akan terus berunding”. Beliau juga berpendapat ” Pemaksaaan perpindahan teknologi, pencurian harta intelek dan imbangan perdagnagan yang tidak seimbang sehingga bernilai separuh trillion setahun dengan negara kedua ekonomi terbesar, China adalah suatu perkara yang tidak masuk akal”.

Walaubagaimanapun, Trump tetap mahukan rundingan ini berjaya dan beliau sedang menanti rundingan yang terbaik. – Conway.

Pihak pentadbiran China setakat ini mengatakan bahawa mereka menjangka bahawa perbincangan fasa kedua tidak akan dilakukan sebelum November 2020, antara alasannya ialah bagi melihat hasil keputusan pilihan raya Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat