Pencuri Dibayar Wang Tebusan RM1.24 Juta Untuk Pulangkan Semula NFT Bored Apes

302

Boring Security DAO berjaya mendapatkan semula kesemua  koleksi NFT Bored Ape Yacht Club (BAYC) dan Mutant Ape Yacht Club (MAYC) yang baru-baru ini dicuri, selepas membayar wang pampasan kepada penggodam.

Pada Sabtu lepas, platform perdagangan peer-to-peer pedagang NFT diserang, menyebabkan kecurian hampir RM14 juta NFT. Penggodam tersebut menyampaikan mesej bahawa mereka adalah “orang yang baik” dengan kemahiran teknikal yang terhad, sambil meminta bayaran tebusan sebagai pertukaran untuk rampasan tersebut.

“Jika anda mahu NFT monyet itu dikembalikan, anda perlu membayar ganjaran kepada saya, saya layak memilikinya,” kata penggodam tersebut.

Kurang dari 24 jam selepas serangan itu, komuniti BAYC yang dipimpin oleh penyelaras Boring Security DAO memulakan proses pemulihan. Seperti yang diminta oleh penggodam, pihak DAO telah membuat bayaran wang tebusan sebanyak 120 Ether (ETH), bernilai kira-kira RM1.24 Juta.

Jumlah itu dikira mengikut syarat yang ditetapkan oleh penggodam itu:

“1 BAYC = 30 ETH 1 MAYC = 6 ETH. Anda perlu membayar saya 10% ETH untuk kerja saya. Jika anda mempunyai BAYC dengan saya maka anda perlu membayar saya 3 ETH, jika BAYC dan MAYC maka 3.6 ETH,” kata salah satu dalam mesej tersebut.

Boring Security DAO mengesahkan berita tersebut di Twitter, mencatatkan bahawa penggodam telah mengumpul 10% daripada harga lantai 36 BAYC dan 18 MAYC sebagai ganjaran.

Pengasas bersama Yuga Labs, Greg Solano, dilaporkan membayar ganjaran tersebut. Yuga Labs merupakan pencipta koleksi NFT BAYC dan MAYC dan membantu kepada rundingan pemulihan tersebut. Pencipta tersebut juga memastikan token-token itu dikembalikan keseluruhannya kepada pemilik asal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat