Pendakian USD/JPY Sudah Berakhir?

509

Menjelang pembukaan sesi Eropah pada Selasa, US dolar dilihat kembali pamerkan pengukuhan semula selepas sesi-sesi sebelum ini melihatkan raja mata wang itu mengalami susut nilai.

Sesi New York semalam lebih ketara menyaksikan kelemahan US dolar apabila ditekan oleh hasil bon Amerika Syarikat (AS) yang menurun di samping peningkatan pada indeks-indeks utama pasaran Wall Street.

Peningkatan semula hasil bon dilihat kembali menyokong pengukuhan awal US dolar sepanjang sesi Asia walaupun pergerakan harga perlahan.

Pelabur akan berwaspada terhadap dagangan US dolar menjelang laporan data inflasi AS untuk bulan Februari yang akan diterbitkan pada sesi New York malam nanti.

Mari teliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY minggu ini.

Pergerakan harga pada Selasa yang mempamerkan penurunan memberi petanda awal untuk pengakhiran siri kenaikan harga beberapa minggu sebelum ini dengan US dolar kekal mendominasi berbanding Yen.

Yen kekal bergerak lemah dalam pasaran ditekankan lagi dengan komen oleh Timbalan Gabenor bank pusat Jepun (BOJ), Masayoshi Amamiya yang menyatakan kadar faedah akan kekal rendah, malah boleh diturunkan jika keadaan memerlukan.

Berlegar di paras tertinggi 9 bulan, harga susut ke paras 108.500 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut selepas turun lebih rendah di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Namun pengukuhan semula US dolar pada sesi Asia hari ini melihatkan harga meningkat semula untuk melepasi halangan MA50.

Jika kenaikan harga diteruskan, paras ketinggian dicapai semalam akan diatasi untuk harga memasuki zon rintangan tumpuan 109.400-110.00.

Zon tersebut menjadi rintangan harga ketika dagangan Jun tahun lalu sebelum pasaran menyaksikan penurunan harga sehingga bawah paras 103.00 sehingga penghujung Disember.

Sebaliknya, sekiranya harga menjunam lebih rendah di bawah zon RBS 108.500, penurunan lebih rendah dilihat akan ke paras sekitar 107.400.

Penurunan lebih rendah seterusnya akan menuju pula ke paras sekitar 106.500.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat