Pendirian A.S Terhadap China Mengenai Konflik Rusia-Ukraine Jadi Tanda Tanya! Yellen Suarakan Pandangan

1,073

Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen pada hari Jumaat menyatakan bahawa beliau tidak merasakan perlunya Amerika Syarikat untuk mengenakan sekatan ke atas China kerana jalinan kerjasama dengan Rusia.

“Kami akan sangat bimbang jika mereka membekalkan senjata kepada Rusia, atau cuba mengelak sekatan yang kami telah letakkan ke atas sistem kewangan Rusia dan bank pusat,” “Kami tidak melihat perkara itu berlaku pada ketika ini.” kata Yellen.

Kenyataan setiausaha Perbendaharaan tersebut dikeluarkan ketika pertemuan antara pemimpin NATO yang memberi amaran kepada China agar tidak merestui konflik peperangan antara Rusia dan Ukraine.

Amerika Syarikat dan sekutunya telah berminggu-minggu memberi amaran kepada Beijing bahawa mereka akan menerima akibatnya jika didapati membantu Rusia dengan membekalkan senjata, alternatif laluan perdagangan atau dengan apa-apa cara.

China setakat ini belum mengecam sepenuhnya tindakan Rusia terhadap Ukraine. Pegawai A.S. baru-baru ini telah melemparkan ‘tuduhan’ bahawa Rusia telah meminta bantuan ketenteraan dan ekonomi China. Kenyataan ini telah dinafikan oleh China dan Rusia.

Presiden Joe Biden minggu lalu mengancam pemimpin China Xi Jinping dengan akibat yang belum ditentukan lagi jika Beijing menyokong Moscow. Walaupun tidak jelas bagaimana White House ingin menghukum Beijing, namun terdapat kemungkinan besar bahawa A.S akan merujuk Jabatan Perbendaharaan untuk memperluaskan sekatan ekonominya.

Yellen turut menyatakan bahawa konflik Rusia-Ukrain dan penularan Covid-19 telah memberi impak terhadap rantaian bekalan A.S.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat