Pengakhiran Tahun 2022 Indah? Inflasi Malaysia Mendatar Pada 4%

378

‘Okaylah, bolehlah. Menuju 2023 tempang sikit je.’

Indeks harga pengguna (CPI) Malaysia pada November mencatat perkembangan 4%, bacaan sama ketika Oktober lalu.

Ia juga menandakan inflasi negara kekal rendah untuk 3 bulan berturut-turut daripada puncak 4.7% pada Ogos 2022.

Bagi tempoh 11 bulan pertama 2022, inflasi tampak meningkat 3.4% berbanding 2.3% dalam tempoh sama tahun lepas.

Ikuti ringkasan data inflasi bulan November yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara (DOSM) di bawah.

  • Kategori makanan dan minuman bukan beralkohol naik 7.3% pada November berbanding 7.1% ketika Oktober.
    • Sub kategori makanan di rumah kekal pada 5.8%.
    • Sub kategori makanan dari luar rumah canak 9.6% daripada 9.3%.
    • Sub kategori roti, nasi dan bijirin lain tambah 7.5% daripada 7.3%.
    • Sub kategori minyak masak turun 1.6% daripada 2.6%.
    • Sub kategori daging lonjak 8.2% daripada 7.3%.
    • Sub kategori buah-buahan jatuh 4.1% daripada 5.5%.
    • Sub kategori ikan dan makanan laut kukuh 3.5% daripada 3.4%.
    • Sub kategori sayur-sayuran susut 3.6% daripada 4.8%.
    • Sub kategori susu, keju dan telur raih 8.9% daripada 8.8%.
    • Sub kategorigula, jam, madu, coklat dan manisan mekar 3.6% daripada 3.5%.
  • Kategori minuman beralkohol dan tembakau mendatar pada 0.8%.
  • Kategori pakaian dan kasut mendatar pada 0.4%.
  • Kategori perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain turun 1.4% berbanding 1.5%.
  • Kategori perabot, barangan perumahan dan penyelenggaraan perumahan jatuh 3.8% berbanding 4.1%.
  • Kategori kesihatan naik 1.4 berbanding 1%.
  • Kategori pengangkutan susut 5% berbanding 5.2%.
  • Kategori komunikasi tidak berubah.
  • Kategori perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan lonjak 3.6% berbanding 3.4%.
  • Kategori pendidikan tambah 1.5% berbanding 1.4%.
  • Kategori restoran dan hotel canak 7% berbanding 6.8%.
  • Kategori barangan dan perkhidmatan lain naik 2.6% berbanding 2.4%.

Selain itu, inflasi di kawasan bandar meningkat 4.3% berbanding 4.2% dan kawasan luar bandar mencanak 3.1% berbanding 3% sebelumnya.

Dalam pada itu juga Malaysia mencatat bacaan inflasi terendah dalam rakan serantaunya dengan Eropah (10%), Amerika Syarikat (7.1%), Filipina (8%), Indonesia (5.4%) dan Korea Selatan (5%).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat