Penganalisis Kripto Ramal ETH & 3 Altcoin Ini Bakal Mengganas!

1,802

“Boleh baca-baca dulu, tapi jangan lupa buat analisis sendiri juga tau.”

Penganalisis mata wang kripto diikuti secara meluas, Kaleo telah memberitahu kepada 601,300 pengikutnya di platform media sosial X bahawa beliau sungguh percaya Ethereum (ETH) dan tiga altcoin lain bakal menyaksikan pendakian ketara.

Kaleo berpandangan ETH yang kini didagangkan pada $1,879 mampu mencanak sehingga $2,100 jika harganya berjaya tembus zon rintangan kuatnya pada $1,900.

Bukan itu sahaja, Kaleo yang turut memerhatikan pergerakan penyelesaian skala ETH Arbitrum (ARB) telah menjangkakan harganya yang pada masa ini berada pada $1.07 akan meneruskan kenaikan untuk capai $1.30.

Hal ini kerana ARB kelihatan bersedia untuk memecah paras tertinggi baharu, oleh itu Kaleo berharap harganya akan kembali $1.15 yang pernah dicapainya pada pertengahan Ogos 2023 diikuti dengan paras tertinggi Julai pada $1.30.

Kemudian, penganalisis kripto tersebut juga berpendapat protokol layer-2 dan pesaing ARB iaitu Optimism (OP) yang kini mencatatkan kenaikan kira-kira 0.04% pada $1.53 akan mengikuti jejak pesaingnya iaitu ARB di mana harganya bersedia menembusi paras tertinggi Ogos pada $2.

Altcoin berasaskan ETH terakhir adalah aset diasaskan oleh pasaran non-fungible token (NFT) Blur dipanggil BLUR , jadi Kaleo telah berkongsi cartanya yang menunjukkan bahawa harganya sekarang berada dalam aliran menaik untuk cecah $0.50.

Sehingga berita ini ditulis, harga BLUR melonjak sebanyak 4.40% pada paras $0.29 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $315 juta seterusnya mencatatkan kenaikan 14.47% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat