Penganalisis menjangkakan Presiden Donald Trump kemungkinan akan memperkenalkan tarif bagi sekumpulan barangan dari Vietnam sebelum beliau meninggalkan pejabat pentadbiran pada bulan Januari nanti. Hal ini kerana, Perbendaharaan A.S telah melabel Vietnam sebagai pemanipulasi matawang.
Syarikat-syarikat Amerika Syarikat (A.S) yang mengimport barangan dari Vietnam akan dikenakan tarif di bawah akta 301 yang terkait amalan pemanipulasi matawang, kata pakar. Hasil siasatan masih dijalankan dan akan diumumkan seawal 7 Januari.
Syarikat AS mengimport barang bernilai kira-kira $ 65 bilion dari Vietnam dalam 10 bulan pertama tahun 2020, berbanding dengan $ 66.6 bilion untuk seluruh tahun 2019. Tarif boleh dikenakan ke atas barangan pakaian dan kasut dan beberapa barang seperti perabot, elektronik dan barang isi rumah yang berjumlah $400 bilion.
Washington selalu menganggap Hanoi sebagai rakan keselamatan dan ekonomi strategik di Asia Tenggara untuk membantu mengatasi pengaruh China yang semakin meningkat, dan ia tetap berlaku walaupun semasa pemerintahan Trump. Namun dibimbangan, pengenaan tarif akan menyebabkan hubungan itu menjadi semakin tegang.
Mengenakan tarif terhadap barang import Vietnam akan menimbulkan komplikasi perdagangan yang lain kepada Presiden Joe Biden ketika beliau mengambil alih, dan boleh mendorong pembalasan terhadap tindakan balas dari Vietnam.
Akhir sekali, setakat ini belum ada maklum balas dari pihak Joe Biden.