Penggunaan Blockchain Ethereum Oleh NASA Bakal Memacu Industri Crypto?

525

National Aeronautics and Space Administration (NASA) baru sahaja menganugerahkan geran terbaru bagi mendukung pembangunan pesawat angkasa autonomous yang membolehkan ia membuat keputusan menggunakan teknologi Blockchain tanpa campurtangan manusia. Laporan ini dikeluarkan oleh Space.com pada 18 April 2018.

Jin Wei Kocsis, yang merupakan pembantu professor di University of Akron, Ohio telah diberikan geran NASA yang berjumlah $330,000 bagi mendukung penelitian beliau. Kocsis mengatakan program penyelidikan ini akan meneliti aplikasi teknologi Blockchain Ethereum dalam membangunkan sistem pengkomputeran bagi penggunaan angkasa.

Menurut beliau, dalam projek ini, teknologi blockchain Ethereum akan digunakan bagi membangunkan jaringan yang berisifat selamat, tidak dikawal selia dan kognitif jaringan dan infrastruktur komputer bagi pengembaraan angkasa. Saya berharap pembangunan teknologi dapat mengenalpasti ancaman persekitaran angkasa dan menghidarinya, termasuk juga dapat menyelesaikan tugasan secara automatik.

Sistem tersebut bakal melaporkan maklumat dengan mengunakan tekologi “smart contracts” bagi membina kapal angkasa yang mampu ”berfikir” untuk dirinya sendiri. Selain itu ia mampu untuk mengenalpasti dan mengelak sampah sarap angkasa yang terapung.

Walaubagaimanapun, Universiti Akron tidak melaporkan jangka waktu tentang bilakah teknologi yang dibangunkan Wei Kocsis ini akan dihantar ke angkasa. Menurut Thomas Kacpura, pengarah komuniasi di bahagian penyelidkan NASA, mengatakan pertama kali NASA mempertimbangkan aplikasi Blockchain untuk perhubungan angkasa dan navigasi.

Pada bulan Februari, Qtum yang merupakan salah satu matawang crypto telah mengumumkan bahawa blockchain mereka telah digunakan oleh satelit China.

Harga Ethereum pada ketika ini berada pada paras harga $574.53 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat