Pengumuman Data Simpanan Minyak Mentah Malam Ini Jadi Tumpuan!

46

Harga minyak meningkat pada awal dagangan hari ini selepas laporan inventori minyak mentah AS dilaporkan jatuh untuk minggu kelima berturut-turut.

WTI mentah diniagakan pada $49.14 setong, naik 45 sen daripada sesi sebelum ini.

Harga minyak mentah yang kian melonjak ini dikatakan berpunca daripada laporan Institut Petroleum Amerika (API) yang telah dikeluarkan pada lewat Selasa yang menunjukkan bahawa stok komoditi hitam turun untuk tempoh lima minggu berturut-turut sebanyak 7.6 juta tong.

Kebanyakan peniaga minyak sedang menumpukan perhatian terhadap data dari EIA yang akan diumumkan malam ini untuk data rasmi mengenai inventori simpanan minyak mentah yang terkini.

Gary Ross, Pengerusi Eksekutif di New York PIRA berpendapat bahawa perjanjian yang disepakati oleh anggota OPEC sebelum ini menaikkan harga minyak pada kadar sementara sahaja.

ING Bank juga memberi amaran bahawa persetujuan sebelum ini hanya perancangan sebelum perjanjian muktamad dibuat. Selain itu, negara seperti Iran, Nigeria dan Libya dikatakan bakal mengambil langkah pengecualian. Perkara ini akan memberi tekanan kepada negara-negara yang terlibat seperti Venezuela dan Arab Saudi untuk pemotongan bekalan yang lebih besar.

Dalam masa yang sama, Bank Belanda turut mengeluarkan pendapat bahawa harga yang tinggi akan berterusan untuk beberapa bulan yang akan datang walaupun terhad.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat