Peninju UFC Kini Akan Dibayar Dengan Kripto Untuk Bertarung

420

‘Bergocoh pun boleh dapat kripto. Nak daftar dekat mana ye?’

Ultimate Fighting Championship (UFC) akan mula membayar bonus kepada peninjunya dalam bentuk mata wang kripto.

Bonus baharu tersebut merupakan sebahagian daripada perjanjian 10 tahun yang bernilai US$175 juta antara syarikat Mixed Martial Arts (MMA) dan Crypto.com, yang merupakan penajaan terbesar dalam sejarah UFC.

Apa yang diketahui setakat ini, pembayaran bitcoin akan diberikan kepada 3 peninju teratas dalam acara bayaran setiap tontonan (pay-per-view) UFC yang akan diputuskan oleh undian peminat.

Pemenang undian teratas akan memenangi bitcoin bernilai $30,000 sementara tempat ke-2 sebanyak $20,000 dan $10,000 di tempat ke-3.

Presiden UFC, Dana White dalam satu kenyataan menzahirkan rasa gembiranya mengenai tajaan dari Crypto.com dan menyifatkan syarikat kripto tersebut sebagai rakan kongsi terbaik yang UFC pernah miliki.

Tambah White, penambahan sistem undian yang dipanggil Fan Bonus of the Night adalah sebahagaian rancangan untuk menarik peminat supaya lebih terlibat dalam acaran pemberian ganjaran kepada peninju kegemaran mereka.

Antara kebanyakan liga utama di Amerika Syarikat (AS), UFC yang dimiliki Endeavor sering dikritik kerana hanya memberi 20% pampasan kepada peninju, sedangkan liga lain memberi separuh daripada hasil mereka.

Dalam pada itu, bonus bitcoin tersebut juga akan merangkumi bonus prestasi $50,000 yang UFC akan berikan pada setiap acara serta 2 bonus $50,000 yang diberikan kepada setiap peninju dalam pertarungan yang dinamakan Fight of the Night.

Pengiraan secara kasarnya, seorang peninju boleh perolehi $80,000 dolar dan mata wang kripto berdasarkan sistem bonus baru ini.

Penggunaan kripto dilihat semakin popular di kalangan atlet, di mana bintang dalam pelbagai jenis sukan dilihat setuju untuk menerima gaji dalam bentuk digital.

Umum mengetahui bahawa Crypto.com mempunyai portfolio penajaan sukan yang besar termasuk arena Los Angeles, perlumbaan F1 yang diumumkan baru-baru ini di Miami, Philadelphia 76ers, Liga Bola Sepak Australia dan kelab bola sepak Perancis Paris Saint-Germain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat