Penipuan Sedekad, JPMorgan Didenda $920 Juta!

1,307

JPMorgan Chase & Co. akhirnya berpijak pada realiti apabila terpaksa membayar wang penyelesaian berjumlah $920 juta atas jenayah penipuan perdagangan logam dan niaga hadapan hasil bon, bertujuan untuk manipulasi pasaran.

Berdasarkan rekod jenayah yang berlaku sejak 2008-2016, beberapa pelabur JPMorgan di New York, London dan Singapura telah mengeluarkan niaga hadapan puluhan ribu emas, perak, platinum dan paladium sebelum dibatalkan dengan tujuan untuk menipu pelabur lain.

Pada waktu yang sama, pelabur di pejabat JPMorgan yang berpangkalan di London dan New York diarahkan untuk membeli dan menjual hasil bon Amerika Syarikat (AS) dengan tujuan memanipulasi pelabur lain.

Atas dakwaan ini, Jabatan Kehakiman telah menerima pengakuan bersalah dari dua bekas pelabur yang belum dijatuhkan hukuman.

Mereka juga telah mendakwa tiga bekas pelabur lain dan seorang bekas jurujual atas tuduhan berkaitan dengan kes tersebut.

Selain daripada denda tunai yang dikenakan, JPMorgan juga diminta untuk mempergiatkan program kepatuhan dan melaporkan sendiri setiap kesalahan yang dilakukan.

Susulan daripada dakwaan itu, saham JPMorgan susut 0.9% kepada $95.33 ketika dagangan tengahari.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat