Penskalaan Dan Privasi Litecoin (LTC) Sempurna Dengan Kod MimbleWimble

521

Lebih setahun diusahakan, MWEB atau dikenali sebagai MimbleWimble Extension Block akhirnya berstatus ‘LENGKAP’ menurut ketua pembangun, David Burkett.

Kod yang dihasilkan untuk MimbleWimble Extension Block itu sedia untuk pelaksanaan audit dari kalangan pembangun yang lain.

Bagaimanapun, proses tersebut tidak mustahil memakan masa yang agak panjang, berminggu-minggu atau berbulan-bulan bergantung kepada pembetulan.

Kod itu kemudian akan dimasukkan ke dalam pangkalan data utama Litecoin dan ia bergantung kepada komuniti itu bila MWEB akan diaktifkan.

Sebenarnya, kemaskini MWEB dapat menambahbaik ciri utama Litecoin iaitu kebolehfungsian dan privasi. Ia telah melalui fasa ujian bermula pada Oktober 2020 selama lima bulan.

Pengasas Litecoin, Charlie Lee percaya, kebolehfungsian, privasi dan skalabiliti merupakan kunci utama bagi evolusi LTC.

Kebolehfungsian memperkenalkan konsep beberapa barang boleh ditukarganti. Contohnya, satu USD = $1. Bagaimanapun, konsep itu tidak tertakluk kepada mana-mana matawang kripto memandangkan transaksi akan direkod di blockchain.

Jadi, dana yang digunakan untuk aktiviti yang salah di sisi undang-undang akan dihapuskan.

Litecoin telah mencatatkan peningkatan sebanyak 60% bermula 2021. Ketika penulisan, LTC didagangkan pada $201, susut 1.53% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat