Pentadbiran Trump Optimis Dan Berfikiran Terbuka Terhadap Rundingan Perdagangan AS-China Pada Minggu Hadapan!

474

Pada minggu hadapan, pentadbiran Trump dan China dijadualkan akan meneruskan perbincangan rundingan perdagangan pada 10 Oktober. Perang dagang antara Amerika Syarikat dan China telah berlangsung selam 15 bulan dan ia telah memberi kesan kepada ekonomi global. Rundingan pada 10 Oktober akan menjadi salah satu acara yang diberi perhatian utama oleh pemain pasaran.

Pada hari ini, presiden Trump telah memberitahu para wartawan bahawa rundingan perdagangan dengan China tidak akan dipengaruhi sama ada Beijing melakukan siasatan atau tidak terhadap bekas naib presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Trump menegaskan bahawa kedua-dua isu tersebut adalah terpisah dan beliau yakin akan mementerai perjanjian dengan Beijing jika ia memberi keuntungan kepada negara AS.

Disisi lain, penasihat ekonomi Rumah Putih, Larry Kudlow juga mengeluarkan kenyataan yang optimis bahawa pentadbiran A.S ‘berfikiran terbuka’ mengenai hasil perbincangan perdagangan AS-China pada minggu hadapan, dimana beberapa mesyuarat peringkat timbalan akan berlangsung pada hari Isnin dan Selasa. Manakala mesyuarat peringkat menteri akan berlangsung pada hari Khamis dan Jumaat.

Walaubagaimanapun, Kudlow menolak untuk memberi apa-apa jangkaan namun beliau berpendapat bahawa sejak akhir-akhir ini kedua-dua belah pihak telah mula berlembut. Dimana Amerika Syarikat telah menangguh sebilangan peningkatan tarif dan China juga membeli barangan pertanian Amerika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat