Penularan Wabak Penyakit Di China Semakin Membimbangkan Pasaran, Ini Kesan Pada Pasaran Saham!

567

Pasaran saham A.S dijangka akan dibuka rendah pada hari Selasa berikutan kejatuhan dalam pasaran Eropah akibat kekhuatiran terhadap penyebaran wabak virus di China.

Bursa pasaran saham S&P 500 hanya diadagangkan 9 mata atau 0.3% lebih rendah, disisi lain bursa saham pasaran hadapan NASDAQ pula dibuka rendah 0.4% manakala Indeks Dow Jones pasaran hadapan jatuh 0.2%.

Walaupun penularan wabak penyakit masih dalam peringkat awal namun ia menggamit kembali sejarah lama yang pernah berlaku iaitu pada tahun 2002 apabila wabak SARS menular hampir ke seluruh pelusuk dunia. Wabak SARS pada tahun 2002, telah menjejaskan lebih daripada 8000 orang di 37 buah negara sehingga menyebabkan kematian seramai 800 orang. Kajian akademik tahun 2003 mendapati wabak penyakit tersebut telah menelan kos ekonomi global hampir $40 billion.

Semalam China telah melaporkan penularan virus misteri yang menyerupai SARS telah merebak di seluruh negara termasuk Beijing, mencetuskan kebimbangan ketika jutaan penduduk mula melancong sempena Tahun Baharu Cina. Setakat ini telah hampir 140 kes diumumkan.

Di sisi lain, Presiden Donald Trump sedang memberi ucapan di seuah Forum Ekonomi Dunia yang menjadi pusat pertemuan pemimpin politik dan ahli peniagaan dunia di Davos. Ucapan yang disampaikan beliau hadir beberapa jam sebelum pembicaraan kes beliau di Senat A.S.

Walaupun sebilangan pasaran saham mengalami kejatuhan seperti saham syarikat penerbangan dan syarikat pelancongan namun saham-saham syarikat pengeluar ubat telah mencatat kenaikan hampir 10%. Antara saham syarikat pengeluar ubat yang mencatatkan kenaikan termasuk Jiangsu Sihuan Bioengineering, Shandong Lukang Pharmaceutical dan Hengrui Medicine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat