Penutupan Jun Yang Suram Buat USD, Data Pekerjaan Jadi Tumpuan Minggu Ini!

204

US dolar menutup dagangan pada penghujung minggu lalu dengan sedikit suram ketika tumpuan pasaran terarah terhadap laporan indeks harga PCE Amerika Syarikat (AS) yang menjadi salah satu indikator penting yang diperhatikan oleh Federal Reserve (Fed).

Perbelanjaan peribadi pengguna AS pada Mei menunjukkan peningkatan yang lemah dan lebih rendah berbanding ramalan pasaran.

Dengan isyarat itu, peratusan bagi jangkaan langkah pemotongan kadar faedah oleh Fed mula meningkat sedikit, namun pelabur kekal menilai perkembangan lanjut.

Justeru, data-data terbaru yang bakal diterbitkan pada minggu ini akan menjadi petunjuk penting khususnya melibatkan bacaan data sektor pekerjaan AS termasuk JOLTS, ADP dan NFP.

Sekiranya kesemua data menunjukkan angka yang merosot, US dolar bakal alami penguncupan yang teruk selain pelabur mula yakin Fed akan bersedia untuk beralih kepada pelonggaran dasar dengan menurunkan kadar faedah.

Sementara itu, perkembangan acara pilihan raya di Eropah dilihat menyokong peningkatan nilai mata wang Euro dalam pasaran sehingga ke pembukaan awal Julai ini.

Euro dibuka lebih tinggi di sesi Asia pagi ini berbanding penutupan sesi terakhir minggu lalu ekoran kemenangan awal parti sayap kanan untuk pusingan pertama pilihan raya Perancis.

Yen kekal merosot melihatkannya berlegar di paras terendah 38 tahun berbanding US dolar sementara pasaran waspada untuk kemungkinan campur tangan Jepun dalam pasaran.

Mata wang utama lain masih mempunyai ruang untuk meningkat pada pembukaan awal minggu ini ketika situasi US dolar yang sedikit merosot.

Kelebihan juga untuk pasaran komoditi dengan dagangan emas menunjukkan pemulihan pada penutupan Jun setelah harga sebelumnya menjunam ke paras $2,300.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat