Perancis Bagi ‘Chance’ Untuk UK Redakan Perbalahan

180

Perancis akan menangguh ancaman tindak balasnya terhadap UK bagi memberi peluang kepada perbincangan mengenai hak memancing pasca Brexit diteruskan, menurut Presiden Emmanuel Macron.

Sebelum ini, beliau telah mengancam untuk menyekat bot UK daripada menggunakan pelabuhannya untuk mengangkut tangkapan disebabkan isu pelesenan bot nelayan Perancis.

Ekoran daripada itu, UK mengatakan ia mengalu-alukan langkah itu dan akan meneruskan perbincangan yang insentif.

Hal ini secara tidak langsung membantu meredakan kebimbangan pasaran terhadap kemelut antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK dalam isu pasca Brexit.

Perbalahan antara kedua pihak telah memuncak sejak bulan lalu, selepas UK dan Jersey menghalang kemasukan berpuluh-puluh bot nelayan Perancis untuk beroperasi di perairan mereka.

Ini telah menyebabkan tindak balas daripada Perancis yang mengancam untuk mengambil tindakan ke atas UK.

Bagaimanapun, wakil daripada Suruhanjaya EU, Perancis, UK dan Kepulauan Channel memulakan perbincangan pada hari Isnin bagi meredakan perbalahan tersebut.

Sementara itu, Menteri Brexit UK David Frost juga akan bertemu dengan Menteri Hal Ehwal Eropah Perancis Clement Beaune pada hari Khamis untuk membincangkan pelbagai isu Brexit.

Reaksi matawang pound susulan laporan ini, bagaimanapun tidak berubah, dengan terus didagangkan susut di sekitar harga 1.36500 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat