Perang Dagang AS-China Sedikit Reda, Rundingan Bakal Bersambung Pada September

215

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan sebelum ini bahawa pegawai rundingan Amerika Syarikat dan China sedang mengadakan perbincangan yang produktif melalui panggilan telefon dan mereka dijangka akan bertemu pada September untuk membincangkan tentang isu tarif tambahan ke atas lebih $125 bilion dolar barangan import China yang akan berkuatkuasa pada 1 September ini.

Beliau menyatakan perbualan tersebut adalah sangat baik sebelum pentadbiran membuat keputusan menangguhkan sehingga 15 Disember ke atas barangan import China, termasuk barang permainan, telefon bimbit, laptop dan komputer tablet.

Walau bagaimanapun, China pada Khamis bertekad untuk mengambil tindakan balas terhadap tarif terbaru yang dikenakan ke atas $300 bilion barangan import namun memutuskan untuk berunding bersama Amerika Syarikat dengan melihat kepada potensi perjanjian perdagangan yang mampu dimeterai.

Donald Trump juga beranggapan Beijing tidak akan membalas tindakan pengenaan tarif Amerika Syarikat dan percaya China mahukan perjanjian dicapai.

Trump memberitahu kepada media bahawa rundingan bersama China berjalan lancar dan China semestinya mahukan perjanjian. Beliau dijadualkan akan bertemu semula dengan Presiden China, Xi Jinping namum belum dinyatakan tarikh pertemuan tersebut.

Kementerian Kewangan China sebelum ini membuat kenyataan bahawa tindakan tarif tambahan Trump adalah melanggar konsesi yang dicapai antara Trump dan Presiden Xi, ketika sidang kemuncak di Osaka tempoh hari.

Trump juga menyatakan bahawa Presiden Xi perlu menyelesaikan terlebih dahulu isu-isu di kawasan yang berlaku tunjuk perasaan. Beliau walau bagaimanapun percaya keupayaan rakan sejawatannya itu mampu mengakhiri konflik di Hong Kong tersebut dengan baik.

Pelabur masih tetap berwaspada memantau perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang masih buntu mencapai kesepakatan sehingga kini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat