Perang Dagang Semakin Tegang – China Akan Keluarkan Senarai Firma Untuk Disenarai Hitam!

3,700

Pada hari ini, China dilaporkan akan menyediakan sebuah senarai firma-firma luar negara mahupun individu yang dianggap tidak memenuhi syarat untuk disenarai hitam.

Tindakan ini mula ingin dilakukan oleh China selepas 2 minggu lalu apabila syarikat gergasi China, Huawei dimasukkan dalam senarai yang disenarai hitam oleh pentadbiran Amerika Syarikat. Rentetan itu, beberapa syarikat Amerika telah memutuskan jalinan kerjasama perniagaan dengan Huawei.

Atas dasar itu, China mengorak langkah baru dengan menyediakan “senarai entiti” tersendiri sebagai langkah untuk mendesak syarikat luar agar mengekalkan hubungan komersial dengan Huawei.

Menurut, Gao Feng, juruucap menteri perdagangan, – syarikat luar, organisasi mahupun individu yang tidak mematuhi undang-undang pasaran seperti mengkhianati kontrak atau memutuskan bekalan kepada syarikat China tanpa sebarang isu dan melanggar perjanjian hak cipta akan dimasukkan dalam senarai tersebut.

Menurut Gao Feng, senarai tersebut akan diumumkan dalam suatu jangka masa terdekat.

Selain itu, Washington dilaporkan kini sedang mempertimbangkan beberapa Syarikat China yang lain untuk dimasukkan dalam senarai entiti mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat