“Hmm kalau BTC tiba-tiba turun agaknya sampai mana la.”
Kesan perang di Timur Tengah yang mampu merebak ke seluruh pasaran mata wang kripto dapat menyebabkan aset berisiko seperti Bitcoin (BTC) untuk menghadapi penerjunan ketara dalam jangka pendek.
Konflik yang tercetus pada Sabtu lepas itu telah berlanjutan sehingga hari keempat apabila terdapat serangan mengejut daripada Hamas ke bandar-bandar selatan Israel, di mana angka kematian untuk kedua-dua pihak ialah hampir 1,600.
Menurut Greta Yuan, ketua penyelidikan di platform aset digital VDX berkata bahawa pasaran global bimbang konflik tersebut akan memberi tempias pada negara pengeluar minyak berdekatan, oleh itu pelabur kini masih berada dalam keadaan sensitif.
Pada dua hari lepas, pasaran kripto merosot 2% apabila pedagang lebih menumpukan perhatian pada minyak, tetapi perlu diketahui ekuiti tradisional telah menyaksikan penyusutan kerana peperangan itu dapat beri kesan pada perdagangan antarabangsa.
Pedagang niaga hadapan yang berada pada harga lebih tinggi telah mengalami liquidations lebih $100 juta dalam tempoh 24 jam dari hari Isnin, namun pasaran kripto tetap dapat mengekalkan kedudukannya walaupun ditimpa pelbagai rintangan.
Bagaimanapun, sesetengah pedagang berpandangan pelabur pada masa ini harus sentiasa memerhati perubahan pasaran minyak dan tenaga untuk mengetahui ke mana arah tuju BTC.
Hal ini kerana kenaikan harga minyak dapat mencetuskan momentum penjualan dalam ekuiti seterusnya menyemarakkan jangkaan dasar monetari lebih ketat, dan ini membawa makna pasaran kripto termasuk BTC berupaya menghadapi risiko paling besar.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.56% pada paras $27,432 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $535 bilion tetapi tetap mencatatkan kenaikan 0.44% sepanjang minggu lepas.