Perang Ukraine-Rusia Cetus Ketidakpastian Besar Pada Ekonomi UK

525

Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak memberi amaran bahawa perang Ukraine-Rusia telah menimbulkan ketidaktentuan yang ketara terhadap ekonomi Britain.

Konflik di Ukraine telah mendorong harga minyak dunia ke puncak tertinggi 14 tahun dan ini telah memberi kesan ke atas kos bahan bakar, di mana harga petrol UK turut mencecah paras tertinggi.

Ini turut mendorong harga gas melonjak, sekali gus mencetuskan amaran bahawa purata bil tenaga di UK boleh mencecah £3,000 setahun pada bulan Oktober, selepas meningkat kepada £2,000 pada bulan April apabila had harga tenaga dinaikkan.

Selain itu, UK turut terkesan daripada lonjakan harga bijirin kerana kedua-dua negara Rusia dan Ukraine merupakan pengeluar utama dunia, terutamanya gandum.

Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK meningkat 0.8% pada Januari berbanding penguncupan 0.2% yang dicatatkan bulan sebelumnya sejajar dengan kesan penularan varian Omicron yang mula berkurangan.

Namun, dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas penerbitan data ekonomi UK pada Jumaat, Sunak mengatakan pencerobohan Rusia telah menimbulkan ketidaktentuan ekonomi yang ketara.

Bagaimanapun, beliau mengatakan adalah penting untuk UK berdiri bersama rakyat Ukraine untuk menegakkan nilai kebebsan dan demokrasi bersama serta memastikan Rusia gagal.

Dalam pada itu, Sunak memberitahu bahawa kerajaan telah menyediakan sokongan yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk menangani impak Covid, meletakkan ekonomi UK dalam kedudukan kukuh dalam menangani cabaran kos sara hidup semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat