“Bagus juga rancangannya, tapi kenapa komuniti kripto tak suka?”
Sergio Massa, calon Presiden Argentina yang berhasrat menggunakan lebihan gas asli dari ladang minyak Vaca Muerta untuk mining Bitcoin (BTC) telah menimbulkan kontroversi dalam komuniti mata wang kripto di negara itu.
Saintis komputer Santiago Siri yang membentangkan idea tersebut kepada Massa pada mingggu lalu telah disokong banyak orang, di mana mereka berpandangan gas itu dapat digunakan secara proaktif daripada dibakar atau dibuang.
Namun, cadangan itu telah menyebabkan keraguan daripada miners dan penyokong BTC tercetus susulan peserta pasaran kripto berkata bahawa mining BTC terlalu kompleks serta berdaya saing untuk kerajaan terlibat.
Menurut José María Sarasola, Ketua Pegawai Eksekutif Cryptogranjas startup yang menjalankan operasi mining BTC di Vaca Muerta telah berkata bahawa infrastruktur luas diperlukan termasuk internet boleh dipercayai, mesin cekap dan pengetahuan teknikal.
Memang tidak dinafikan mining sangat menguntungkan sejak beberapa bulan lalu apabila harga BTC menyaksikan kenaikan, tetapi Sarasola berpandangan aktiviti mining pada masa ini bukan sahaja memakan kos tinggi malah keuntungan yang ketat.
Umum mengetahui Cryptogranjas menyokong peningkatan hashrate BTC dan aktiviti mining, ulas Presiden Bitcoin Argentina, Ricardo Mihura sambil menambah bahawa beliau percaya syarikat swasta khusus berada pada kedudukan baik untuk ambil risiko pelaburan.
Pengkritik yang menekankan mining BTC memerlukan kepakaran tidak dimiliki oleh kerajaan telah mencadangkan perkongsian swasta-awam sebagai model alternatif sekiranya negara ingin mengambil bahagian.