Perbicaraan Pemecatan Trump : Senat Gagalkan Usaha Demokrat Untuk Dapatkan Bukti Baru

946

Pendakwaan Presiden A.S Donald Trump hari ini bermula dengan ketegangan apabila Senat berulang kali menolak percubaan Demokrat untuk mendapatkan bukti baru dalam prosiding itu.

Perbicaraan di peringkat Senat yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim John Robert itu, secara keseluruhannya lebih tertumpu kepada peraturan yang akan diterima pakai untuk perbicaraan seterusnya.

Dengan 53 berbalas 47 undian, Senat menolak pindaan yang dibuat oleh pemimpin Demokrat Chuck Schumer untuk memohon sepina bagi rekod dan dokumen dari White House, Jabatan Negara serta Pejabat Pengurusan dan Belanjawan yang berkaitan dengan urusan Trump dan Ukraine.

Senat juga menolak permintaan sama yang memohon kesaksian daripada Ketua Pegawai Kanan White House, Mick Mulvaney dan keterangan daripada bekas Penasihat Keselamatan Kebangsaan, John Bolton.

Sementara itu, pemimpin majoriti Senat, Mitch McConnell pula telah mengusulkan peraturan yang memberi pihak pembelaan Trump dan Demokrat lebih masa untuk membentangkan hujah mereka selama 3 hari, berbanding 2 hari yang dicadangkan pada asalnya.

Berbeza dengan pindaan yang diusulkan oleh Demokrat, peraturan tersebut berjaya mendapatkan kelulusan oleh Senat.

Perdebatan yang mengambil masa hampir 13 jam itu akhirnya ditamatkan dengan kelulusan peraturan baru dalam perbicaraan dan menolak kesemua 11 pindaan yang dicadangkan oleh Demokrat.

Trump yang dipecat oleh Dewan Perwakilan A.S bulan lalu atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan menghalang Kongres, telah menafikan dakwaan tersebut serta menggambarkan pemecatannya sebagai satu tipu daya partisan untuk menggagalkan usaha pemilihan semula beliau sebagai presiden pada pilihan raya A.S tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat