Perbincangan Mengenai Dasar Kewangan Akan dijalankan di luar Dialog Ekonomi AS-Jepun : Kementerian Kewangan

126

Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso dan Setiausaha Perbendaharaan AS Steve Munchin dikatakan akan bertemu pada Khamis bagi mengadakan mesyuarat dua hala. Perbincangan tersebut dikatakan akan dijalankan di luar perhimpunan pemimpin kewangan G20 yang dijadualkan berlangsung di Washington DC pada Isnin.

Kementerian Kewangan Jepun juga memaklumkan bahawa Aso turut akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan Perancis, Michel Sapin pada Jumaat.

Pertemuan di antara Aso dan Mnuchin tercetus berikutan komen Trump baru-baru ini yang mengatakan bahawa US Dollar dinilai terlalu kuat dan menjejaskan ekonomi AS. Dalam masa yang sama, Trump juga memaklumkan bahawa beliau lebih gemar Fed mengekalkan kadar pada tahap yang rendah.

Justeru, Jepun yang mendapat manfaat eksport daripada kelemahan Yen mahu menyelesaikan sebarang isu yang mempunyai kaitan dengan pasaran matawang secara berdepan dengan menteri-menteri kewangan dan bukannya pada dialog ekonomi Jepun yang dirancang pada Selasa.

Data KDNK China Membantu Pengukuhan Logam Berharga

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat