Percaya Dengan Teknologi Ripple, SBI Remit Jalinkan Kerjasama Dengan Hamamatsu Iwata Credit Bank!

2,449

SBI Remit yang merupakan anak syarikat gergasi perbankan Jepun SBI Holdings mengumumkan kerjasama baru dengan Hamamatsu Iwata Credit Bank. Bahagian daripada kerjasama tersebut, SBI akan menggunakan teknologi Ripplenet untuk perkhidmatan pengiriman wang antarabangsa mulai 12 Julai.

Hamamatsu Iwata Credit Bank beroperasi di daerah yang memiliki populasi migrasi yang tinggi terutama dari Brazil. Justeru dengan kerjasama yang dijalankan ini akan membantu pelanggan bank untuk mengirim wang ke destinasi lain dengan kos transaksi yang sangat rendah.

SBI dalam salah satu kenyataan rasmi mengatakan bahawa misi mereka adalah untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang menumpukan pada pengiriman wang kepada penduduk luar. Untuk merealisasikan hal tersebut, teknologi lejar Ripple akan digunakan kerana ia memiliki ciri seperti kos yang rendah dan transaksi yang pantas.

SBI Holdings adalah salah satu rakan strategik utama untuk Ripple di rantau Asia Pasifik, yang telah menggunakan Ripple’s XRP On-Demand Liquidity (ODL) Ripple selama beberapa tahun.

Penduduk asing Jepun telah meningkat menjadi 2.88 juta pada bulan Jun 2020, 60% daripadanya tergolong dalam kelas pekerja. Peningkatan jumlah pekerja asing di negara ini memerlukan infrastruktur pengiriman wang yang mencukupi. Ripple XRP ODL merupakan salah satu pilihan utama untuk menghantar wang ke luar negara.

Kerjasama antara SBI Remit dan Hamamatsu Iwata bank dapat membuka jalan kepada integrasi XRP ODL di Brazil juga. Walaupun Ripple masih memiliki isu dengan SEC, SBI kekal menunjukkan sokongan dan menjadikan teknologi Ripple yang mampu menawarkan solusi terhadap masalah pengirman wang.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat