Berbanding pergerakan menaik yang berjaya dipaparkan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD di awal minggu lalu, harga mula mendatar pada dagangan Selasa semalam.
Kenaikan harga pada Isnin lalu mencapai ketinggian sekitar 1.08600, sementara pergerakan mendatar semalam sekadar berlegar di bawah paras tersebut sepanjang hari.
Namun, pergerakan harga yang masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu kekal mencadangkan kecenderungan untuk harga membuat kenaikan.
Pelabur kekal memerhati data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan sejak semalam dan pada sesi New York malam ini.
Seterusnya, barulah pada Khamis data indeks PCE akan menjadi tumpuan lebih utama yang diperhatikan oleh Federal Reserve (Fed) dalam penetapan dasar monetari mereka.
Untuk jangkaan pergerakan harga pada carta EUR/USD selanjutnya, kenaikan harga jika berjaya diteruskan selepas ini perlu melepasi dahulu paras 1.08600 sebelum mencapai kembali ketinggian pada minggu lalu.
Sasaran untuk diuji adalah pada zon rintangan 1.09000 yang dijangka akan mengundang reaksi menarik harga untuk petunjuk pergerakan selanjutnya.
Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga pula, paras tumpuan terhampir adalah pada zon 1.08000 yang dilihat berpotensi menjadi sokongan semasa buat harga.
Jika tembus lebih rendah akan mencetus isyarat bearish dan menjangkakan harga boleh susut sehingga ke paras 1.07000 yang diuji pada pertengahan Februari lalu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG